Skip to main content

Abdullah Sani Memfitnah Pimpinan Pakatan Harapan.


Setiausaha politik Zuraida Kamarudin menyifatkan anggota parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai melampau, selepas menyerang ketua wanita PKR itu.

Nor Hizwan Ahmad berkata Abdullah Sani perlu segera memohon maaf kepada semua “mangsa fitnahnya”, termasuk termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tindakan beliau (Abdullah Sani) mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Harapan jelas satu pengkhianatan kepada semangat reformasi dan aspirasi Malaysia Baharu.

“Serangan peribadi terhadap Zuraida dan Azmin yang dikeluarkan oleh beliau dan isterinya, Datin Faezah Ariffin memalukan HARAPAN serta PKR yang masih baharu mentadbir negara ini.

“Lebih memalukan apabila Abdullah Sani menuduh Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin berkonspirasi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana benteri, ” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Abdullah Sani semalam dilapor mendakwa Zuraida, melalui aplikasi WhatsApp seorang anggota PKR, mengugut untuk menghentam dan menelanjangkan isterinya Faezah Ariffin.

Beliau mendakwa, ugutan itu dibuat selepas Faezah yang juga calon naib ketua wanita PKR, mengkritik kepimpinan Zuraida dalam satu majlis di Seremban, minggu lalu.

Zuraida berkata mahu melaporkan perkara itu kepada Biro Politik PKR supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap calon pemilihan parti yang membuat serangan peribadi.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu ketika ditemui di lobi parlimen semalam terkejut ketika diajukan soalan itu.

Beliau yang juga calon naib presiden PKR, berkata tidak mengetahui mengenai dakwaan ugutan itu.

“Saya rasa orang cakap itu dalam bahasa kiasan kot. Nak ‘telanjang’ itu nak dedahkan, bukan nak telanjangkan fizikal dia.

“Saya tak rasa begitu, tapi saya tak tahu apa-apa,” katanya yang menyokong laporan polis dibuat.

Sementara itu, Abdullah Sani juga mendakwa Azmin berpakat dengan Tun Daim Zainuddin - bekas menteri kewangan dan penasihat Mahathir - untuk menghalang peralihan kuasa kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin ketika ditanya perkara itu tidak menjawab secara khusus sebaliknya menggesa usaha ditumpukan kepada agenda negara berbanding individu.

Mahathir pula meminta pihak yang mendakwa terdapat usaha menghalang Anwar menggantikannya tampil mengemukakan bukti.

Sementara itu, Nor Hizwan mengingatkan Abdullah Sani bahawa beban pembuktian terletak terhadap pihak yang menuduh dan bukan sebaliknya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...