Powered by Blogger.

Monday, July 30, 2018

Tun Mahathir Beri Lampu Hijau Ambil Pemain Naturalisasi.


Tun Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif susulan cadangan mengambil pemain naturalisasi bagi skuad bola sepak kebangsaan.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, inisiatif itu tidak harus mengabaikan pemain tempatan.

“Sekarang semua pasukan bola sepak mengambil pemain daripada mana-mana negara sebab itu, kita nampak banyak orang putih yang hitam.

“Jadi, kalau kita ambil (pemain naturalisasi) tidak apalah, tetapi, jangan kita ambil 11 orang itu datang dari negara lain. Kita (bakat tempatan) kena main sama,” ujar beliau pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohamad Amin mengakui cadangan mengambil pemain dari luar negara yang diberikan kerakyatan merupakan antara salah satu mekanisme dalam usaha menambah baik prestasi skuad kebangsaan.

Idea tersebut bagaimanapun masih di peringkat awal dan banyak usaha perlu dilakukan jika ingin membawa masuk pemain berstatus naturalisasi ke dalam pasukan kebangsaan. - Astro AWANI