Powered by Blogger.

Wednesday, July 18, 2018

Shah Rukh Khan Setuju Berkahwin Ayu Ting Ting???


NAMA bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah menjadi hangat di Indonesia apabila dia didakwa membalas salah satu pertanyaan seseorang yang mengajak dirinya untuk berkahwin menerusi ruangan Ask Me Question di Instagram Stories.

"Sudikah kamu berkahwin dengan saya?" tanya soalan tersebut.

"Sudah tentu, tanyalah ibu bapa kamu tentang tarikh pernikahan itu," balas SRK.

Lebih menarik lagi, kontroversi mula tercetus selepas penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting telah memuat naik foto paparan skrin dialog tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Ekoran dari perkara itu, para peminat Ayu di Indonesia telah menyangka bahawa soalan itu ditanya oleh dirinya sendiri dan isu tersebut telah hangat diperkatakan di Indonesia.

Untuk menghentikan salah faham yang berlaku, Ayu telah membuat kenyataan bahawa gambar paparan skrin yang dimuat naiknya itu diambil dari perbualan Shah Rukh Khan bersama peminat yang lain, bukan dirinya. - Astro AWANI