Skip to main content

Selamat Tinggal Real Madrid, Ronaldo Sah Jadi Pemain Juventus


Spekulasi Ronaldo ke Juventus terjawap selepas penyerang sensasi Cristiano Ronaldo sah menyertai kelab Juventus, menurut pengumuman kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid Selasa lalu.

Menurut agensi berita Xinhua, kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat untuk nilai perpindahan 112 juta euro (kira-kira US$132 juta), sekaligus membolehkan pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab yang berpangkalan di Turin, Itali.

"Real Madrid akur dengan kehendak dan permintaan Ronaldo, kelab ini membenarkan pemain itu untuk menyempurnakan proses perpindahannya ke Juventus.

"Kelab merakamkan penghargaannya kepada pemain ini yang mempamerkan prestasi terbaik di dunia, selain menempatkan dirinya dalam detik paling gemilang dalam lipatan sejarah kelab itu serta kancah bola sepak dunia," kata Kelab Bolasepak Real Madrid dalam satu kenyataan.

Dalam sembilan tahun bersama Real Madrid, Ronaldo muncul penjaring utama kelab dengan 451 jaringan dalam 438 perlawanan.

Ronaldo memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun, dan dianugerahkan Ballon d'Or, atau Pemain Terbaik Tahunan sebanyak empat kali.

Melalui sepucuk surat yang dimuat naik di laman web rasmi Real Madrid, Ronaldo menulis "waktunya sudah tiba untuk menuju fasa baru dalam hidup saya."

"Sembilan tahun yang amat menakjubkan. Saya pernah bermain menentang lawan yang hebat. Saya hormat dan menghargai mereka."

Penghijarahan Ronaldo ke Juventus turut disambut baik oleh rakan sepasukannya Paulo Dybala dan Sami Khedira.

Datuk Bandar Turin Chiara Appendino menerusi twitternya menulis "Selamat datang Cristiano! Tahniah kepada Juventus di atas pencapaian besar itu."

Sebelum ini Juara Itali, Juventus berkata mereka menimbang semua peluang ketika jendela perpindahan di sebalik spekulasi media yang mengatakan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sedang menuju ke kelab Serie A berkenaan.

Ronaldo yang menyertai Real dari Manchester United pada 2008 dengan rekod dunia ketika itu, AS$106 juta (RM428.08 juta) adalah penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol berkenaan dengan 451 gol dalam semua kejohanan.

Antara trofi yang dikumpul bersama kelab Galaticos itu ialah dua gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara.

Reuters, melaporkan Ronaldo menerima tawaran untuk meninggalkan Real bagi menyertai Juventus dengan Pemain Terbaik Dunia lima kali itu dilaporkan beberapa kali memberi petunjuk dia ingin berpindah.

Selepas membantu Real menjulang trofi ketiga Liga Juara-Juara berturut-turut dengan menewaskan Liverpool, Mei lalu, pemain Portugal itu memberi petanda di sudah pun bersedia meninggalkan pasukan itu tahun ini apabila berkata: "Cukup cantik untuk bermain dengan Real Madrid."

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...