Skip to main content

Saya Tagih Kejujuran, Demi Keadilan Anak Saya


Muar - Bapa kepada Naufal Amsyar memberitahu bahawa dia amat ralat dengan apa yang berlaku terhadap anaknya namun dia memberitahu bahawa jika ianya adalah disebabkan kecuaian dia faham tetapi jika sebaliknya dia ingin mendapatkan keadilan yang sepatutnya buat anaknya.

Naufal Amsyar Nabil Fitri berusia 10 bulan telah pun meninggal dunia hari ini selepas dipercayai terjatuh daripada buaian di rumah pengasuhnya yang terletak di Taman Sialang, Tangkak Muar johor.

Bapa kepada bayi malang tersebut, Nabil Fikri Anwar 28 tahum memberitahu bahawa buat masa ini dia serta isteri hanya memberikan tumpuan kepada urusan pengkebumian Naufal Amsyar yang meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala termasuk lebam dahi kiri, pendarahan di mata serta tempurung kepala retak.

Menurut Nabil, keputusan ujian neurologi telah dijalankan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) beberapa jam sebelum anak tunggalnya itu menghembusan nafas terakhir dan keputusan perkembangan keadaan anaknya adalah negatrif

Nabil serta isterinya Noraziqah Rohmat, 23 tahun amat berharap anak mereka  dapat kembali pulih seperti biasa tetapi dalam masa yang sama hanya berserah kepada Ilahi atas apa yang bakal mereka lalui selepas mengetahui keputusan ujian Neurologi Naufal.

Tetapi ternyata Allah lebih menyayangi Naufal apabila Naufal telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9 pagi tadi dan mereka redha dengan kepemergian anak tercinta mereka serta takdir yang tertulis buat dia serta isteri.

"Kami terima takdir ini yang hanya membenarkan kami dapat bersama dengan Naufal Amsyar selama 10 bulan dan kini saya hanya nak tahu apa sebenarnya yang dah berlaku.

"Saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk meneliti hasil bedah siasat sekaligus mengetahui punca sebenarnya apa yang berlaku. Saya tak mahu menuduh atau menunding jari kepada mana-mana pihak dan saya sedia mmeberikan kerjasama demi mendapatkan keadilan buat anak saya", kata Nabil.

Apa yang saya harapkan adalah kejujuran serta ketulusan daripada pengasuh anaknya agar menceritakan apa sebenarnya yang berlaku terhadap arwah anaknya itu.

Pada Selasa yang lalu, Naufal telah dimasukkan ke HPSF selepas dirujuk daripada Hospital Tangkak kerana mengalami kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang dianggap serius.

Naufal dikatakan mengalami kecederaan tersebut selepas dipercayai terjatuh daripada buaian sebanyak dua kali ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.

Susulan kejadian yang menimpa Naufal, pengasuhnya yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun telah ditahan reman selama empat hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Jenazah Arwah Naufal dijangkakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang selepas segala urusan bedah siasat selesai dilakukan dan sehingga jam 3 petang ini proses bedah siasat masih lagi dijalankan serta belum diselesaikan. -Astro Awani

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...