Rusuh Di Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP)


KUANTAN - Empat pengawal keselamatan warga China cedera termasuk seorang patah kaki dalam kejadian pukul dan rusuh di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Gebeng, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, dalam kejadian kira kira jam 10 malam itu kecederaan itu akibat serangan membabitkan sekumpulan 50 hingga 60 lelaki di kawasan tersebut.

Menurutnya, rusuhan dikatakan berlaku susulan tular di media sosial berkenaan satu berita melibatkan seorang pemandu lori yang kononnya dipukul oleh pengawal keselamatan di situ.
 
Gambar tular berkenaan kes pukul di Gebeng
Turut ditularkan ialah berita kononnya pekerja dari Tanah Besar China juga telah mati dipukul.

"Polis percaya ia bermotifkan dendam berhubung berita palsu pemandu lori dipukul yang tular itu. Justeru pihak polis ingin menegaskan bahawa berita itu tidak benar dan tidak ada kematian seperti didakwa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, petang tadi. Akan menyusul... - Sinar Harian