KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 18 tahun tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, hari ini atas dakwaan mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Dakwaan terhadap remaja berkenaan dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.
Tertuduh didakwa mencabul mangsa yang berusia 12 tahun dua bulan di Taman Perumahan Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, pada jam 8.30 malam, 20 April lalu.
Tuduhan dibuat Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Alias Ibrahim.
Tertuduh dibenarkan jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk 13 Ogos depan. - Sinar Harian