Skip to main content

Pukul Bekas Polis. 9 Lelaki Myanmar Ditahan


KEPALA BATAS: Polis menahan sembilan lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bekas anggota polis cedera parah dipukul sekumpulan suspek dalam kejadian di Surau Bagan Lebai Tahir, Butterworth dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sembilan lelaki dari etnik Rohingya berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar Butterworth bermula pukul 12.15 tengah malam tadi hingga 2 pagi ini.

"Berdasarkan siasatan sebelum kejadian pukul itu berlaku, ketua kampung Bagan Ajam telah mengadakan perbincangan dengan empat lelaki Myanmar pada pukul 8 malam bagi menyelesaikan perselisihan faham antara dua kumpulan secara aman di surau berkenaan dan selepas selesai perbincangan dia (ketua kampung) terus beredar.

"Namun dia mendapat panggilan daripada seorang lelaki Myanmar memaklumkan berlaku pergaduhan di situ dan terus ke surau serta mendapati seorang lelaki telah dikejar dan dikepung sekumpulan warga Myanmar sebelum dipukul," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata ketua kampung itu bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera parah dipukul itu mendakwa dia merupakan polis dan siasatan mendapati mangsa adalah bekas anggota polis yang telah digantung kerja pada 2013.

Noorzainy berkata siasatan awal mendapati, mangsa dipukul disebabkan berjumpa dengan beberapa lelaki Myanmar di situ dan memberi amaran serta menegur beberapa lelaki Myanmar agar tidak menganggu seorang wanita yang juga adik iparnya... malahan mereka sering meminta wang daripada wanita itu.

Katanya disebabkan teguran itu, beberapa lelaki Myanmar berkenaan tidak berpuas hati sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan di situ dan semasa kejadian isteri serta adik ipar mangsa turut berada di situ.

"Lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan kayu, helmet dan kerusi sehingga mengalami kecederaan parah iaitu luka pada bahagian kepala, lebam di tangan serta badan dan patah empat batang gigi. Mangsa dirawat di Hospital Seberang Jaya," katanya.

Beliau berkata mangsa tidak nampak siapa yang memukulnya kerana semasa kejadian kawasan itu agak gelap namun percaya dia dipukul sekumpulan lelaki Myanmar yang ditegurnya berdasarkan cara percakapan mereka.

"Sembilan lelaki yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 dan 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana mengunting pagar Institut Kemahiran Mara (IKM) Seberang Perai Utara di Tasek Gelugor, dekat sini dan memecah masuk serta sebuah kenderaan di situ.

Katanya seorang pekerja di situ yang mahu ke tandas ternampak lelaki itu sedang mengunting pagar IKM berkenaan sebelum menjerit menghalaunya dan suspek melarikan diri dalam kejadian pukul 1 tengah hari Khamis lepas.

"Selepas pekerja itu keluar dari tandas dia ternampak lelaki berkenaan telah masuk semula ke dalam kawasan IKM dan berada dalam sebuah kereta dengan cermin kenderaan tersebut telah dipecahkan sebelum dia cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh beberapa pekerja di situ kemudian diserahkan kepada polis," katanya.

Beliau berkata polis merampas sebuah motosikal, sebatang pemotong wayar, satu batang kuku kambing, dua bilah parang, dua bilah pisau dan spanar jenis Y dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal bersama lelaki yang postif dadah berkenaan.

"Berdasarkan siasatan lelaki tersebut mengunting pagar di IKM itu sebelum memecahkan cermin kereta kerana mahu mencurinya dan dia dipercayai turut terlibat beberapa kes curi kenderaan termasuk motosikal serta samun di sekitar daerah SPU," katanya. - BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...