Skip to main content

Penyelam Temui Jongkong Emas Bernilai AS$133Billions Di Dasar Laut


Korea Selatan - Sekumpulan penyelam amat terkejut dengan penemuan sebuah bangkai kapal perang yang mengandungi 5,500 kotak jongkong emas serta syiling pada tahun 1905.

Bangkai kapal perang Rusia yang dikenali sebagai Dmitrii Donskoi telah ditemui oleh kumpulan penyelam berkenaan di perairan kepulauan Ulleungdo, Korea Selatan.

Kapal berkenaan telah tenggelam bersama dengan harta karun yang dianggarkan bernilai AS$133 billion dipercayai ketika zaman peperangan yang lalu.

Malah bangkai kapal terbabit juga didapati mengalami kerosakkan yang teruk dipercayai punca yang menyebabkan ia tenggelam di dasar laut sebelum ditemui di kedalaman 434 meter dari permukaan kira-kira 1.3 kilometer dari Ulleungdo pada pagi Ahad yang lalu oleh kumpulan penyelam terbabit.

Menurut Kumpulan Shinil iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Korea, mereka telah cuba mengesan kedudukan kapal itu dengan dibantu oleh pakar dari Korea Selatan, China, Britain dan Kanada sejak beberapa tahun lagi.

Namun mereka tidak menjangkakan operasi kali ini telah membuahkan hasil apabila akhirnya mereka telah berjaya mengesan bangkai kapal berkenaan dan telah mengesahkan sendiri bahawa bangkai kapal berkenaan adalah kapal yang dibina di St Petersburg dengan berat mencecah 5,800 tan.

Bangkai kapal berkenaan yang dikenali sebagai Dmitrii Donskoi dikatakan sedang beroperasi di Laut Mediteranian ketika perang sebelum tenggelam selepas dikatakan bertembung dengan kapal Jepun.

Ketika pertembungan terbabit dikatakan terdapat 60 hingga 591 kru kapal  yang telah terkorban manakala 120 yang lainnya mengalami kecederaan menyebabkan Kapten Lebedev telah mengarahkan kapal berkenaan berlabuh di Ulleungdo.

Walaubagaimanapun, tindakan berlabuh di situ telah menyebabkan mereka telah diserang oleh Jepun dan sejumlah besar kru telah ditawan oleh pihak Jepun manakala Lebedev pula yang dikatakan telah mengalami kecederaan parah telah maut di situ.

Susulan penemuan bangkai kapal berkenaan yang membawa harta karun yang begitu besar nilainya, syarikat berkenaan telah pun membuat perancangan untuk mengapungkan kapal berkenaan pada bulan Oktober atau November ini.

"Malah kami juga telah pun mencapai kata sepakat bersam kerajaan Russia untuk berkongsikan jumlah harta karun yang ditemui di dalam kapal berkenaan,' kata wakil syarikat berkenaan.

Selain itu juga, 10 peratus daripada nilai harta karun terbabit juga akan digunakan bagi membina muzium sempena memperingati kapal serta kru yang telah terkorban malah projek tersebut juga dipercayai mampu menarik lebih ramai pelancong ke Ulleungdo.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...