Skip to main content

Penampilan Sulung Filem Kollywood, Aaron Aziz Teruja Terima Sambutan Hangat


Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil 'Tik Tik Tik' mendapat sambutan hangat masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Pertama kali muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, beliau menyifatkan sambutan hangat masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu "seperti menang pilihan raya."

"Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu," katanya dalam temubual eksklusif bersama Bernama di kediamannya di sini.

Aaron, 42, berkata ini kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu sejak berkecimpung dalam dunia seni dua dekad lepas.

Beliau melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen 'Tik Tik Tik', bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapkan dalam bahasa Inggeris.

Selain Ravi dan Aaron, filem arahan Shakti Soundar Rajan itu turut dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak. Filem itu ditayangkan di pawagam di seluruh dunia sejak 22 Jun lepas dan menerima sambutan menggalakkan.


Bagi hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster ini, pengalamannya berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah.

Katanya walaupun hanya pelakon sampingan, beliau dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India, untuk sesi penggambaran pada tahun lepas.

"Jika di Malaysia, pembantu akan beri pakaian dan kita akan pakai sendiri tetapi di sana (India), pembantu sanggup tukarkan pakaian sehingga tolong pakaikan tali pinggang dan zip, tetapi saya kata saya boleh lakukan sendiri, " katanya sambil tertawa.

Ditanya mengenai kesediaannya menerima tawaran itu walaupun sekadar melakonkan watak sampingan, pelakon kelahiran Singapura itu berkata beliau bukanlah mengejar glamor dan populariti, sebaliknya ingin mempelajari perkara baharu, tambahan pula berpeluang untuk bersama barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Aaron yang turut mengakui kehebatan industri perfileman India, berkata banyak perkara yang boleh dipelajari oleh industri hiburan tanah air daripada industri filem Kollywood.

Mengimbas kembali pengalamannya berlakon di India, beliau berkata: "Pada hari pertama penggambaran, saya dibawa ke sebuah gudang yang bukan macam tempat 'production' tetapi apabila masuk ke dalam, ia seolah-olah masuk dunia baharu. Seramai 300 orang menjalankan tugas masing-masing sewaktu sesi pengambaran di tempat yang sama.

"Banyak perkara berlaku serentak tetapi diurus dengan baik. Saya juga diberi layanan yang sungguh baik. Saya kagum dengan industri di sana," katanya.

Rata-rata netizen di media sosial khususnya di Instagram memuji lakonan Aaron dalam filem 'Tik Tik Tik' yang sedang ditayangkan di beberapa pawagam di seluruh dunia termasuk Malaysia, India, Australia dan United Kingdom.

Aaron turut menyatakan kesediaannya untuk berlakon lagi dalam filem Kollywood jika ada tawaran dan menyarankan pelakon tempatan untuk menerima peluang berlakon di Kollywood sekiranya berkesempatan. -- BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...