Pemimpin Umno Buat Demo Dekat Bukit Aman.


Sekumpulan orang ramai, diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Lokman Adam, hari ini berhimpun dekat ibu pejabat polis Bukit Aman atas alasan “solidariti” dengan Yang di-Pertuan Agong.

Lokman yang menggunakan plafform Pemantau Malaysia Baru berkata mereka mahu memberi "sokongan moral" dan menunjukkan taat setia kepada Agong.
 

Beliau dan penyokong cuba berarak ke parlimen, ketika Agong bertitah hari ini, tetapi dihalang oleh polis.

Ketika mengumumkan perhimpunan ini minggu lepas, Lokman mendakwa suara Agong “hilang” selepas pelantikan jawatan penting berkaitan undang-undang dan kehakiman di negara ini.
 

Ia melibatkan isu pelantikan Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang, Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara. - Malaysiakini