Skip to main content

Lelaki Menyama Wanita Jual Ubat Besar Payudara Perdaya Gadis Sebelum Rogol Mangsa.


Seorang lelaki yang terlibat beberapa kes rogol selepas memperdaya gadis menerusi laman sosial Wechat berjaya ditahan polis di sebuah pusat membeli belah di Perai, di Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang dipercayai ketika sedang menunggu seorang lagi mangsa yang dikenalinya menerusi Wechat.

"Hasil maklumat dan bantuan orang awam, polis berjaya menahan lelaki itu dan merampas sebuah telefon bimbit yang digunakannya untuk memperdaya gadis-gadis dengan mendakwa menjual ubat membesarkan payudara.

"Suspek juga menerusi Wechatnya menyamar sebagai wanita dan akan menyuruh pembeli yang membeli ubatnya menghantar gambar payudara untuk melihat sama ada terdapat perubahan selepas memakan ubat tersebut," katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata selepas itu lelaki berkenaan akan memaksa pembelinya datang ke pusat membeli belah tersebut dan jika ingkar dia akan menyebarkan gambar payudara mangsa sebelum membawa ke sebuah kedai kosong di tingkat empat dan merogol gadis tersebut.

Nik Ros Azhan berkata mangsa terbaharu lelaki itu adalah seorang pelajar Tingkatan Satu yang mendakwa dipaksa suspek untuk datang ke pusat membeli belah berkenaan sebelum merogolnya malah lelaki tersebut turut mengugut akan menyebar gambar bogelnya jika dia membuat laporan polis.

Katanya mangsa yang merupakan anak tunggal bertindak membuat laporan polis selepas keluarganya mengetahui mengenai kejadian tersebut.

"Selain remaja perempuan berusia 13 tahun itu, suspek turut mengaku merogol tiga gadis lain dengan menggunakan modus operandi yang sama. Dia kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata lelaki itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak Disember lepas dan Nik Ros Azhan meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa lelaki itu agar tampil membuat laporan polis.

Dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata dua lelaki geng curi motosikal dan pecah rumah ditahan polis di Taman Sejahtera di sini kira-kira pukul 3.40 pagi semalam.

"Dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan ketika sedang menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang mencari rumah di taman tersebut untuk mereka pecah masuk," katanya.

Katanya hasil pemeriksaan ke atas dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod lampau itu, polis merampas sarung tangan, besi pencungkil tayar, pemutar skru, playar dan satu set dril yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah. - Bernama

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...