Skip to main content

Lelaki Mengaku Sebagai Nabi Ditangkap Ketika Cuba Menghidupkan Orang Yang Dah Meninggal.


Galilee, Oromia - Seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai seorang nabi telah ditangkap selepas melakukan cubaan menghidupkan kembali orang yang telah pun meninggal dunia.

Lelaki yang dikenali sebagai Getayawkal Ayele telah melakukan perbuatan tersebut terhadap mayat Belay Biftu dalam keadaan berbaring di atasnya sambil menyeru namanya berulang kali.

Ayele telah berbaring di atas mayat Biftu sambil menjerit "Belay bangunlah" beberapa kali namun usahanya untuk menghidupkan kembali Biftu tidak berjaya.

Tindakan Ayele tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada keluarga Biftu menyebabkan Ayele di belasah secara beramai-ramai oleh ahli keluarga Biftu.

Walau bagaimanapun Ayele bernasib baik kerana tidak lama selepas kejadian pihak polis telah sampai di lokasi kejadian dan menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa pukulan.

Walaupun dia telah diselamatkan oleh pihak polis namun Ayele tidak terlepas daripada hukuman undang-undang kerana Ayele dikatakan telah menghina jenazah.

Kejadian tersebut telah dirakamkan dan telah dimuat naik di media sosial sehingga menjadi tular kerana perbuatan Ayele yang cuba menghidupkan kembali orang yang telah meninggal dunia.

Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu bahawa pada mulanya Ayele telah bertemu dengan keluarga Biftu dan telah menceritakan kisah Lazarus yang telah dibangkitkan oleh Jesus serta telah meyakinkan keluarga Biftu bahawa dia mampu menghidupkan kembali Biftu.

Walaubagaimanapun selepas Ayele gagal menghidupkan Biftu menyebabkan ahli keluarga marah dan memukulnya sebelum dia diselamatkan oleh pihak polis.-Astro Awani

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...