Skip to main content

Lantik Apandi Majlis Tertinggi Mengecewakan, Bila Buat Pusingan U Lagi Memalukan.


Tidak sampai 12 jam selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas peguam negara itu kemudian menolak pelantikan berkenaan.

Mohamed Apandi sebelum ini berkata penolakan itu adalah kerana dia bimbang pelantikannya akan menimbulkan persepsi negatif yang akan dikaitkan dengan keputusan yang dibuatnya ketika menjadi peguam negara.

Menanggapi perkara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

"Pelantikan awal mengecewakan. Yang ini (penolakan pelantikan Mohamed Apandi) memalukan.

"Kita perlu menjadi pembangkang yang mempunyai kredibiliti," katanya melalui kenyataan di Twitter.

Khairy Jamaluddin sebelum ini menolak tawaran untuk menjadi setiausaha agung Umno dengan alasan ingin menumpukan tugas sebagai anggota parlimen dan bebas bersuara.

Kenyataan terbaru Khairy Jamaluddin itu dilihat turut ditujukan kepada pemimpin tertinggi Umno.

Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohamed Apandi sebagai salah seorang daripada 11 yang dilantik menyertai 25 anggota MT Umno yang lain.

Bagaimanapun, beberapa pihak dilihat tidak senang dengan pelantikan Mohamed Apandi termasuklah Pemuda Umno Kedah.

Sebelum menolak pelantikannya, Mohamed Apandi dilapor berkata dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik kerana bukan lagi peguam negara.

Malah Apandi juga menyifatkan kepulangannya kepada Umno ibarat ikan pulang ke lubuk.

Ketika menjadi peguam negara, Mohamed Apandi membersihkan nama bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan SRC International.

Bekas perdana menteri itu kini berdepan dakwaan kes SRC International dan sedang disiasat.

Sebelum ini Tan Sri Apandi Ali menjadi seorang daripada anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin misalnya menganggap pelantikan Apandi membawa dua kesan kepada parti berkenaan. "Mungkin juga langkah pertama untuk menjahanamkan lagi parti itu," katanya.

Apandi Ali yang semalam diumumkan menjadi anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan menarik diri dan menolak pelantikan itu.

Jelas Mohamed Apandi, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...