Skip to main content

Kes Adam Rayqal Polis Masih Siasat Punca Kejadian Sebenar


Polis belum menetapkan sama ada akan menyambung perintah tahanan reman terhadap suspek kes bunuh bayi lelaki berusia lima bulan di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menetapkan perkara itu berikutan tindakan tersebut bergantung kepada siasatan yang sedang dilakukan oleh polis pada masa ini.

"Reman (suspek) akan tamat 10 Julai (Selasa). Penyambungan reman tak tahu lagi kerana ia bergantung kepada hasil siasatan kita selepas ini,"katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian sebelum ini, bayi malang berkenaan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah menyerahkan bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya.

Namun begitu, hasil siasatan polis menemui mayat bayi itu disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya terbabit kira-kira jam 11 malam selepas mendapat terdapat keraguan pada keterangan suspek terlibat.

Susulan itu, suspek berkenaan juga telah ditahan reman sehingga 10 Julai ini bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kes tersebut.

Mengulas lanjut mengenai motif suspek dalam kes itu, Ali berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat secara terperinci punca kejadian terbabit bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

"Setelah siasatan kita selesai sepenuhnya, barulah polis boleh membuat kesimpulan mengenai motif tindakan suspek dalam kes itu,"katanya.

Sebelum ini Adam Rayqal dilaporakan hilang apabila pengasuhnya dikatakan telah serah bayi berkenaan kepada lelaki yang menyamar sebagai bapanya.

keesokkan harinya Dua pengasuh yang juga suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Raykal Mohd Sufi Naeif, dipercayai panik selepas mangsa tersedak susu.

Pengasuh berusia 33 dan 36 tahun itu kemudian dipercayai bertindak membalut Adam dengan kain lampin sebelum memasukkannya dalam beg kitar semula berwarna hijau.

Suspek kemudian bertindak menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah mereka.

Pada Rabu, 4 Julai 2018 Polis sahkan punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...