Powered by Blogger.

Monday, July 30, 2018

Jiran Penggal Nenek, Kepala Dibuang Ke Sungai


BANJARMASIN: Seorang warga emas di Desa Bararawa, Banjarmasin, Indonesia dipenggal dan kepalanya dibuang ke dalam sungai oleh jiran yang berdendam dengan anak mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam waktu tempatan pada Ahad, mangsa Lahbaniah, 67, dibunuh dengan pedang samurai.

Suspek Lahmudin, 26, dilapor memecah masuk rumah nenek malang itu untuk mencari anak mangsa ekoran sengketa di antara mereka berdua, lapor banjarhits.id.

Namun apabila sasarannya tidak ditemukan, suspek bertindak memenggal mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen.

Suspek kemudian menjinjing kepala mangsa dan membuangnya di sungai berdekatan.

Penduduk yang mengetahui kejadian itu bertindak mengikat mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis. Polis masih menyiasat motif kejadian. - Astro AWANI