Powered by Blogger.

Thursday, July 5, 2018

Jamal Dihantar Ke Penjara Sungai Buloh.


Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dihadapkan Mahkamah Majistret Ampang.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu dihadapkan Mahkamah Majistret Ampang dan dituduh melarikan diri daripada tahanan sah. 

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Mahkamah tidak membenarkan permohonannya untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di penjara Sungai Buloh. Beliau juga menetapkan 30 Julai sebagai tarikh sebutan kes.

Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang mana dia sudah ditahan secara sah di sisi undang-undang.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan melakukan gangguan awam.
Dia bagaimanapun melarikan diri ketika proses ikat jamin berlangsung di Hospital Pakar Ampang Puteri, ketika sedang menjalani rawatan.

Selepas lebih sebulan bersembunyi, Jamal akhirnya ditahan di Tebet, Jakarta Selatan, pada 2 Julai lalu oleh polis Indonesia dan dibawa pulang hari ini

Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Razali Che Ani selain dua Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin dan Mahathir Mohd Khairuddin manakala Jamal diwakili peguam Khairul Annuar.
 

Sebelum ini Jamal Md Yunos telah berjaya diberkas oleh Pihak Polis Negara Republik Indonesia ( POLRI).

Menurut laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.

Bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh. - Malaysiakini