Isu SST, Kita Tunggu Dan Lihat Apa Yang Bakal Berlaku,


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan serius terhadap aliran tunai kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pendapatan negara akan menyusut selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan dengan memansuhkan GST dan menggantikan rejim percukaian itu dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Dengan pelaksanaan SST, Najib mendakwa kerajaan bakal kehilangan pendapatan sehingga RM44 bilion.

"Itu adalah komitmen kerajaan PH. Mereka janji akan laksanakan SST pada 1 September ini, maka rakyat akan tunggu.

"Pelaksanaan cukai itu akan memberi implikasi seriusterhadap pendapatan negara khususnya membabitkan kehilangan dalam lingkungan RM43 bilion hingga RM44 bilion.

"Justeru, kerajaan perlu mencari cara mengganti semula pendapatan (yang hilang), jika tidak aliran tunai kerajaan akan menerima impak yang serius," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Najib berkata, kerajaan perlu mengotakan janjinuya untuk melaksanakan SST seperti mana tertakluk dalam janji mereka.

"Kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku," katanya. - Berita Harian Online