Skip to main content

Ini Bukan Mengenai Diplomatik Tapi Mengenai Nama Negara Dihina. - TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya memandang serius terhadap tindakan melampau penyokong Indonesia yang menghina negara ini pada Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 di Surabaya.

Dalam satu kenyataan menerusi laman Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim serta bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, menegaskan penghormatan terhadap nama negara seharusnya menjadi keutamaan meskipun terpaksa mengambil keputusan yang sukar demi kebaikan.

"Saya faham Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memikirkan diplomatik untuk bertindak.

"Ini bukan mengenai diplomatik tapi mengenai nama negara yang dihina. Mana yang lebih penting, untuk menjadi popular atau untuk berjaya?

"Sebagai seorang ketua, kadangkala kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua pihak. Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan yang sukar orang nak terima tapi untuk kebaikan negara," kata Tunku Ismail, malam tadi.

Mengulas lanjut insiden penghinaan penyokong Indonesia itu, Tunku Ismail nyata bimbang terhadap keselamatan pemain skuad B-16 dan menyarankan mereka supaya menarik diri daripada kejohanan itu jika perlu.

Terdahulu, penyokong tuan rumah melaungkan sorakan 'Malaysia itu anjing' dan 'Amirul itu anjing' pada perlawanan antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Joko Samudro, malam tadi.

Mereka mungkin mahu membalas dendam dengan tindakan pemain muda negara Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik sekali gus menjadi bendera Poland dalam Instagram Story miliknya sebelum berlepas ke negara republik itu, minggu lalu.

Sebelum ini, pada Kejuaraan B-19 AFF di Surabaya bulan lalu, pemain negara dibaling dengan botol, objek dan batu selepas mereka menundukkan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...