Skip to main content

Ibu Nekad Terjun Sungai Lawan Buaya Selamatkan Anaknya.


Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa apabila nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya berusia 11 tahun yang diheret buaya sejauh 15 meter ketika turun mengambil air untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.

Detik News melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu, di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi, Rasmi Dawan, 37, tidak berfikir panjang terus terjun dan berenang menyelamatkan anaknya Yadi Putra yang diterkam buaya di lengan kiri dan diheret ke dalam air.
 

“Saya beranikan diri menyelam ke sungai untuk merebut anak daripada gigitan buaya itu. Tiba-tiba tanpa disangka, buaya itu melepaskan gigitannya.

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang kerana cuma mahu menyelamatkan anak yang sudah terseret 15 meter,” katanya.

Katanya, sungai itu memang mempunyai buaya, namun Yadi tidak melihat haiwan yang menerkamnya disebabkan keadaan gelap.

Menurut Tribun, penduduk kampung yang mendengar kekecohan itu kemudian membantu membawa Yadi yang cedera teruk pada tangan kirinya ke hospital untuk rawatan.
 

Sementara itu, Ketua Bahagian Wilayah III BKSDA Jambi, Faried berkata, satu pasukan dikerahkan ke sungai itu untuk menangkap dan memindahkan buaya berkenaan.

“Sungai itu memang habitat buaya, malah pernah ada kejadian penduduk dibunuh haiwan itu pada 2010,” katanya.

Keberanian Rasmi mendapat perhatian umum dengan Ketua Polis Resor Tanjung Jabung Timur, Superintendan Marinus Marantika Sitepu memberikan penghargaan kepadanya dalam satu upacara sempena Hari Bhayangkara ke-72 di lapangan Polres Tanjabtim. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut