Skip to main content

Gabungan Umno Dan PAS Bermula Di Sungai Kandis - Lokman

Kredit Foto Malaysiakini
Datuk Lokman Noor Adam berharap pilihan raya kecil (PRK) kali ini dapat menjadi titik permulaan kerjasama di antara Umno dan PAS dalam usaha mereka menghadapi musuh bersama, iaitu Pakatan Harapan (HARAPAN).
Calon BN bagi PRK Sungai Kandis itu berkata beliau secara peribadi berharap Umno dan PAS boleh bergabung sama ada dalam satu gabungan khusus, atau melalui penubuhan parti lain suatu ketika yang lain.

“Jika perlu satu hari nanti, Umno dan PAS wujudkan satu parti politik dan mereka duduk di dalamnya bersama-sama.

“Kalau tak boleh, maka kita perlu duduk dalam entiti masing-masing, tetapi kita duduk di dalam satu gabungan," katanya.

Lokman yang juga bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) - tetapi sudah dibubarkan - itu berkata beliau turut bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menegaskan PRK kali ini menjadi medan ujian buatnya.

Justeru kata Lokman beliau berharap hasratnya itu menjadi kenyataan melalui PRK Sungai Kandis itu.

Syed Saddiq semalam menyifatkan PRK Sungai Kandis sebagai unik kerana menjadi ujian awal terhadap gagasan kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Menteri Belia dan Sukan itu Beliau dilaporkan berkata kedua-dua parti terbabit dilihat seperti mahu saling menguji kerana PRK berkenaan tidak melibatkan pertembungan tiga penjuru seperti yang berlaku pada PRU ke-14 lalu.

Jika HARAPAN tidak menang besar dalam PRK ini, kata Syed Saddiq, ia menjadi isyarat bahawa Umno dan PAS akan bergabung menentang parti itu pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, kerjasama politik itu penting kerana HARAPAN sudah diberi teguran oleh rakyat.

Katanya, sebagai golongan yang bersaudara dalam Islam sepatutnya Umno dan PAS bersama-sama dalam apa jua perkara terutama jika ia memberi kemaslahatan kepada agama.

“Saya nampak setakat ini ahli Umno tidak mempunyai masalah kerana mereka amat mengharapkan penyatuan.

"Kita tahu kita tak boleh hidup jika bersendirian. Kita perlukan PAS untuk bersama-sama,” katanya.

Menurut Lokman, jika semua orang Melayu bersatu beliau percaya orang bukan Islam akan menyertai mereka kerana melihat gabungan tersebut mempunyai peluang untuk mentadbir negara. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...