Berapa Kerajaan Bayar Gaji Menteri Sekarang berbanding Zaman Najib.


Selepas PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen.

Selepas 2 bulan 11 hari Pakatan Harapan telah selasa memilik menteri dan timbalan menteri dan telah mengangkat sumpah jawatan dan selaras dengan janji mereka, membariskan menteri dan timbalan menteri yang lebih kecil berbanding kerajaan lepas.

Kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipinpim oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke 7 telah berjaya menjimatkan kos kerajaan yang menelan belanja RM7.96 juta setahun.

Berbeza dari kerajaan Barisan Nasional yang dipinpim oleh bekas Perdana Menteri Datuk Najib Razak, kabinet terakhir najib sebelum ini kosnya adalah kira-kira RM11.23 juta setahun.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah berjanji akan mengecilkan menteri kabinetnya tidak lebih dari 30 Menteri.

Selepas selesai mengangkat sumpah menteri kabinet yang dilantik Tun Dr Mahathir terdapat 28 orang, termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan pelantikan timbalan menteri seramai 27 yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 55 orang.

Di bawa Kerajaan Pakatan Harapan dapat dilihat  beberapa menteri di kedua-dua kerajaan Harapan dan BN memegang lebih dari satu jawatan.

Kerajaan sebelum ini yang dipinpim oleh Datuk Najib Razak mempunyai lebih 68 orang terdiri daripada 35 menteri, serta 33 timbalan menteri.

Sebelum kalah PRU14, Datuk Najib Razak merupakan menteri kewangan ketika itu, dan  timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri pertahanan dan menteri tugas khas.

Walau bagaimanapun bilangan kementerian di bawah kedua-dua kerajaan kekal sama, iaitu pada 25 jabatan sesetengahnya disusun semula dengan portfolio tertentu yang dipecah atau digabungkan.

Mengikut undang-undang sedia ada seseorang Perdana Menteri layak menerima gaji sebanyak RM22,826.65 sebulan manakala timbalan perdana menteri pula mendapat gaji sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Ia termasuk gaji bagi menteri dan timbalan menteri, gaji yang mereka terima sebanyak RM14,907.20 sebulan dan timbalan menteri pula menerima RM10,847.65 sebulan. - Malaysiakini