Skip to main content

Barisan Nasional Dan PAS Tak Jujur Berkempen Di Sungai Kandis - Khir Toyo


Dr Mohamad Khir Toyo yang merupakan bekas menteri besar Selangor memberitahu bahawa parti Barisan Nasional serta PAS berlaku tidak jujur dalam kempen mereka pada pilihan raya kecil ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Khir memberitahu bahawa disebabkan hal tersebutlah yang menyebabkan suasana prejudis antara penyokong parti masing-masing yang bakal diterjemahkan kepada undi untuk Pakatan Harapan (HARAPAN).

"BN dan Pas tidak jujur dalam kempen di sini, menyebabkan suasana prejudis antara pendukung parti masing-masing dan ini akan diterjemahkan undi kepada calon Pakatan Harapan.

"BN dan Pas masih gagal membentuk satu blok pembangkang yang mampu menjadi alternatif kepada HARAPAN," katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Bagi Khir peluang BN untuk menang dalam PRK Sungai Kandis amat tipis sekali kerana isu-isu yang diketengahkan oleh BN masih tidak mampu mengubah pendirian pengundi di kawasan ini.

"Pengundi masih lagi merasakan kerajaan HARAPAN mampu mengubah situasi tekanan hidup yang dihadapi hari ini kepada yang lebih baik sedikit masa lagi.

"Selagi Umno merasakan mereka boleh menang tanpa bantuan parti komponen lain dalam BN dan PAS masih tidak berubah saya tidak nampak bagaimana Umno boleh menang," katanya yang merupakan bekas pemimpin Umnodan bekas Adun Sungai Panjang.

Malah sebelum ini juga terdapat beberapa pemimpin kanan PAS yang menyeru untuk menyokong calon Umno, Datuk Lokman Adam yang bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...