Skip to main content

Amaran Razlan Rafii Kepada Saya Sebagai 'Tin Kosong' - Amar Singh


Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyifatkan amaran Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii kepada beliau supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sebagai 'tin kosong'.

Menurut laporan Berita Harian Online, Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu menyifatkan amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, kepada beliau supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB sebagai 'tin kosong'.

Amar Singh berkata, beliau tidak mahu membazir masa dan memberi perhatian kepada kenyataan Mohd Razlan.

"Pada masa ini, kes yang dijalankan di mahkamah adalah berkait dengan dana SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

"Beliau (Mohd Razlan) boleh berkata apa sahaja, selagi tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang negara ini," katanya pada NSTP, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata pihaknya sentiasa menjalankan tugas tanpa memihak kepada mana-mana individu.

"Kita juga jalankan tugas tanpa rasa takut dan secara profesional," katanya.

Semalam, Razlan Rafii mengingatkan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berhenti bercakap tentang 1MDB dan mewujudkan persepsi negatif terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Razlan memetik perintah tegahan sementara yang diluluskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan langkah SPRM untuk mendakwa Najib atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah semalam.

Menurut Razlan Rafii "Mahkamah sudah tetapkan jangan bicarakan perkara ini sampai bulan Februari. Biarlah siasatan dijalankan, janganlah sibuk-sibuk cerita pasal senarai itu senarai ini, semua ini perkara-perkara yang negatif yang tiada kebenaran untuk ambil mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Najib.

"Kalau beliau salah atau tak bersalah biar mahkamah tentukan, bukan penjawat awam nak mainkan peranan persepsi ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Dakwaan ke atas Najib oleh SPRM semalam adalah berhubung SRC International dan bukan 1MDB secara langsung.

Pasukan polis yang diketuai Amar sebelum ini merampas wang tunai dan barangan berjenama dengan harga pasaran dianggarkan sehingga RM1.1 bilion dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib.

Najib mendakwa barangan berkenaan kebanyakannya adalah hadiah yang diberikan kepadanya dan keluarganya dan tiada kaitan dengan dana 1MDB. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...