Skip to main content

Akaun Umno Pekan Kutip Derma Untuk Jamin Najib Dibeku.


Selepas kecoh akaun bank Anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dibekukan selepas dia membayar jaminan bapanya pada Rabu kini akaun bank Umno Pekan pula dibekukan

Menurut laporan Malaysiakini, sebuah akaun bank yang dibuka Umno Pekan untuk membantu membayar wang ikat jamin ketua bahagiannya dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah dibekukan.

Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun tersebut pagi ini.

"Ini (pembekuan akaun) hanya di Pekan, saya tidak tahu mengenai tempat lain, tetapi akaun ini dibuka oleh Umno Bahagian Pekan," Zalmah dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail.

Walau bagaimanapun, tabung derma Najib yang diikhtiarkan bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Razlan memberitahu Malaysiakini jumlah sumbangan terbaru yang diterima hanya boleh diperiksa pada hari Isnin ini.

Setakat jam 5 petang semalam, dana itu telah mengumpul derma berjumlah RM223,908.

Derma itu bertujuan membantu Najib membayar wang ikat jamin berjumlah RM1 juta pada hari Isnin.

Najib telah membayar ansuran pertama RM500,000 pada hari Rabu lalu selepas meminta untuk dibicarakan mahkamah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pendakwaan terhadap Najib berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Sebelum ini Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu berada dalam kesusahan ketika ini.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...