Warga Emas Bernafsu 'Binatang'


SARAWAK- Seorang warga emas dipercayai telah bertindak merogol salah seorang dari ahli keluarganya di sebuah rumah di Samarahan,semalam.

Suspek yang berusia 70 tahun itu melakukan perbuataan jijik terhadap seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun di sebuah bilik pada jam 2.30 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata,pada waktu kejadiaan mangsa sedang lena tidur dan terkejut selepas menyedari suspek masuk ke dalam biliknya.

Selepas itu,suspek bertindak merogol mangsa dan segera keluar kerana bimbang perbuataan nya itu disedari oleh ahli keluarganya yang lain.

"Suspek dipercayai datang ke rumah mangsa sejak beberapa hari yang lalu bertujuan bagi melawat keluarga berkenaan namun ternyata suspek mempunyai agenda tersendiri dan selepas kejadiaan berlaku suspek pulang ke rumahnya di Matang".

Bagaimanapun,mangsa bertindak menceritakan apa yang telah berlaku kepada kedua ibu bapanya dan kemudian mereka bergegas membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan.

Sebai sahaja laporan polis di buat,sepasukan anggota polis telah diarahkan ke rumah suspek di Matang pada jam 11.00 pagi pada hari yang sama semasa laporan dibuat.

Walau bagaimanapun,mangsa kini telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadapnya.

Suspek warga emas ini telah pun berjaya direman oleh pihak polis dan sisatan lanjut akan dilakukan terhadap nya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.