Powered by Blogger.

Wednesday, June 20, 2018

Video Susulan Pemandu Vellfire Yang Membuli Pemandu Lain.


Susulan tular video seorang pemandu Vellfire yang menjadi pembuli jalanan menghimpit serta menghalang pemandu lain daripada melepasi kenderaannya, satu video telah di muat naik lagi di media sosial pergaduhan antara pemandu ketiga-tiga kenderaan terbabit.

Video tersebut yang berdurasi selama satu minit enam saat memaparkan pergaduhan mulut antara mereka di tepi bahu jalan mengenali kejadian yang berlaku antara mereka.

Menerusi video tersebut dapat didengar bahawa pemandu yang cuba menghimpit kereta mangsa buli tersebut mengenalkan dirinya sebagai salah seorang penjawat awam dari Kementerian Dalam Negeri malah beliau turut menyalahkan mangsa yang terlebih dahulu mencetuskan perbalahan tersebut.

Namun walaupun pemandu tersebut mengenalkan dirinya sebagai KDN, mangsa ternyata tidak gentar dengan pemandu berkenaan kerana dia tetap dengan pendiriannya yang mengatakan bahawa beliau tetap bersalah.

Walaupun pegawai berkenaan turut mengatakan bahawa dia sudah pun mengambil buktir mengenai kenderaan mangsa beserta nama syarikat kenderaan yang di bawa olehnya.

Mangsa tetap memberitahu bahawa beliau salah kerana cuba menghimpit serta menghalangnya daripada memotong malah pemandu berkenaan juga didakwa cuba mengungut mangsa dengan menggunakan stereng lock kereta.

Akan tetapi pegawai KDN tersebut menafikan bahawa dia ada mengungut mangsa dengan menggunakan stereng lock kereta, turut didengari suara isteri mangsa yang memberitahu bahawa mereka mempunyai video kejadian tersebut yang menjadi bukti ugutan yang dilemparkan kepada mereka.

Sepanjang perbalahan mulut antara mereka, pemandu Vellfire tersebut hanya menjadi pemerhati dari tepi sambil merakamkan situasi yang berlaku.

Akhirnya selepas berbalah mulut buat seketika di bahu jalan, pegawai KDN terbabit mengajaknya membuat laporan polis serta mangsa turut memberitahu lagi baguslah pergi ke balai membuat laporan polis.