Video Orang Ramai Selamatkan Bayi Daripada Jadi Makanan Anjing

Lombok - Gempar apabila tular di media sosial video seekor anjing yang membawa seorang bayi yang berada di dalam bungkusan plastik melintas jalan menuju ke dalam semak.

Video yang hanya berdurasi 48 saat tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna jalan raya yang melihat situasi berkenaan.

Video terbabit jelas menunjukkan anjing terbabit yang sedang mengonggong sebungkus plastik yang mengandungi seorang bayi dipercayai anak luar nikah yang di buang di sekitar kawasan berkenaan.

Mengikut keterangan individu yang sempat merakamkan kejadian tersebut memberitahu pada awalnya beliau sedang merakamkan keadaan sekitar lalu lintas di kawasan tersebut sebelum secara tiba-tiba melihat seekor anjing berwarna putih berlari dari arah yang bertentangan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar pukul 5 petang pada hari Isnin yang lalu di kawasan semak-samun di sekitar Pusuk, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat.

Anjing tersebut dilihat membawa bungkusan biru tersebut menuju ke semak berhampiran manakala orang ramai yang mengesyaki bahawa bungkusan tersebut mengandungi bayi kemudiannya mengekori anjing tersebut bagi memastikan kandungan plastik terbabit.

"Ia anak, Ya Allah, Astagfirullahaladzim," ucap seorang wanita tatkala melihat anjing tersebut membawa bungkusan tersebut.

Orang ramai yang berjaya mengambil bungkusan tersebut dari anjing terbabit kemudiannya terkejut apabila melihat isi kandungan plastik yang mengandungi seorang bayi perempuan yang sudah tidak bernyawa.

Mayat bayi perempuan tersebut dikatakan masih bertali pusat dan mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Puskemas Pemenang untuk dibedah siasat.

Kes pembuangan bayi tersebut akan di siasat oleh pihak polis dan pihak polis percaya bahawa ianyalah adalah hasil hubungan luar nikah kedua orang tuanya yang kemudiannya bertindak membuang bayi tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Bayi malang tersebut yang ditemui bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai daripada menjadi santapan anjing terbabit walaupun ketika itu bayi berkenaan sememangnya sudah tidak bernyawa. - Riauaktual.com