Powered by Blogger.

Saturday, June 23, 2018

Video: Kerana Mengganggu Tugas Penjawat Awam, Siti Kassim Ditahan Polis.


Tular di media sosial sebuah video pihak polis telah menyerbu rumah serta menahan Siti Kassim selepas satu laporan polis telah di buat oleh seorang wanita di Ibu Pejabat Polis Kajang.

Wanita terbabit telah membuat laporan yang mendakwa bahawa Siti Kassim telah menculik serta mengurung anaknya di rumah beliau.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat Siti Kassim tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam menjalankan tugas mereka serta telah menghalang pihak polis bagi menahan beliau atas laporan yang telah dibuat ke atasnya.

Wanita yang membuat laporan tersebut adalah ibu kepada remaja perempuan yang bernama Anis mendakwa bahawa anaknya telah diculik oleh Siti Kassim yang bertindak menyembunyikan Anis di rumah kediamannya.

Ketika pihak polis menyerbu rumahnya kira-kira jam 10.30 malam, Siti Kassim mendakwa bahawa dia tidak melakukan sebarang penculikan malah Anis datang ke rumahnya dengan sendiri.

Menerusi video tersebut juga dapat dilihat tindakan Siti Kassim yang berkali-kali menyalahkan pihak polis kerana menyerbu rumah beliau sedangkan mereka boleh menelefon dia bagi datang ke balai polis bersama dengan Anis.

Malah Siti Kassim juga turut tidak membenarkan pihak polis menggari beliau kerana dia mengatakan pihak polis tiada hak untuk menyerbu rumah beliau serta menggarinya kerana dia tidak bersalah.

Namun begitu pihak polis telah mengatakan kepadanya bahawa mereka telah bertindak menyerbu rumahnya serta mahu menahannya adalah bertindak atas laporan polis yang telah di buat ke atasnya.

Walau bagaimanapun selepas perbalahan antara pihak polis dengan Siti Kassim, akhirnya Siti Kassim telan di tahan atas Seksyen 186 ( Menghalang tugas penjawat awam) dan Seksyen 363 (Kanun keseksaan).