Video-Di Tuduh Biadap Tak Mahu Beli Barang Dari Lelaki Tua,Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan Sebenar


Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali dengan nama Siti Sarah ini dilahirkan pada 15 September 1983 merupakan seorang penyanyi dan usahawan berjaya di Malaysia.

Artis yang bertubuh kecil ini merupakan peserta akhir semasa menyertai pertandinga Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Baru Wanita Terbaik".

Siapa sahaja yang tidak mengenali bapa kepada penyanyi kecil molek ini iaitu Raisuddin Hamzah yang juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula menjadi bualan dibibir-bibir peminatnya apabila beliau mula menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3.

Siti Sarah pernah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup memukau para penonton pada ketika itu.

Jarang sekali nama beliau terpalit dengan gosip panas kerana Siti Sarah sememangnya seorang artis wanita yang tidak gemar menimbulkan sebarang gosip sejak dari dahulu lagi.

Namun,baru-baru ini kecoh di medai sosial menyatakan bahawa Siti Sarah yang konon nya bertindak biadap terhadap seorang lelaki tua dan tidak mahu membeli barang jualan tersebut dengan menyatakan bahawa ianya tidak sedap.

Video yang di muat naik di Instagram milik penyanyi ini sebenarnya telah disalah ertikan oleh segelintir netizen yang tidak mengenali beliau dan terus membuat andaian sendiri tanpa sebarang bukti.

Bagaimanapun,isteri kepada pelawak terkenal ini telah pun tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar dengan menyatakan lelaki tua itu adalah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah bukan penjual seperti yang didakwa oleh netizen tersebut.



Siti Sarah telah pun menyatakan di akun Instagramnya dengan menulis "Lelaki ini @raissuddin_hamzah ! Die adalah bapak kandung saya! Kami hanya bergurau .. dari video ni sebenarnya apa yg kita boleh tengok die sangat sporting.. melayan kerenah anak-anak yg suka nak bergurau... nak dijadikan cerita ..ada pihak yg kurang bijak mengatakan saya biadap! sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya die beli untuk diri die sendiri kami cuma bergurau.. kenapa la suka sangat nak keji caci org tampa usul periksa! ! Moga Allah permudahkan hidup kalian amin".


Walau bagaimanapun,rata-rata netizen memberikan pujian kepada ayah Siti Sarah yang tidak jemu melayan karenah anak gadisnya meskipun sudah berumah tangga.