Skip to main content

Tunku Ismail Beli Saham AC Milan.


Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan sudah dimaklumkan oleh kelab Itali Seria A, AC Milan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan.

Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurunan Melayu bagi membeli saham dalam kelab tersebut.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi bahawa individu dimaksudkan ‘berketurunan Melayu’ seperti dipetik media Itali itu adalah Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

“Tunku Mahkota berminat dengan Milan. Pencarian terus untuk nama rakan kongsi yang akan menyokong Li Yonghong dalam pengurusan syarikat Via Aldo Rossi, bermula daripada rakan kongsi minoriti pada masa hadapan, mungkin, menjadi presiden kelab,” PremiumSportHD melaporkan pada Rabu.

Sementara itu, laman sesawang bola sepak Itali, www.calciomercato.com menyatakan bahawa Milan akan diambil alih oleh pelabur daripada syarikat multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.

Pemilik dari China, Li mengambil alih kelab berkenaan yang diberi jolokan ‘The Rossoneri’ pada musim panas 2016 setelah bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, melepaskan kelab berkenaan.

Walaupun membelanjakan lebih 150 juta Euro untuk pembelian pemain pada musim panas lepas, prestasi kelab tersebut mengecewakan setelah Milan menamatkan saingan di tempat keenam Serie A, selain tersingkir daripada Liga Eropah selepas tewas 1-5 secara agregat kepada Arsenal pada Pusingan 16 pasukan.

Dua tahun lepas, terdapat juga cakap-cakap Tunku Ismail menunjukkan minat terhadap kelab itu selepas adanya laporan menyatakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berminat membeli saham ke atas juara Serie A sebanyak 18 kali itu. Namun, TMJ kemudian menafikan laporan berita tersebut.

Dalam temu bual dengan The Straits Times Singapura pada April 2016, TMJ berkata: “Saya bercadang membeli AC Milan, tetapi akan melihat dulu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. Saya suka Milan dan meminati kelab Itali itu sejak kecil. Tapi, fokus utama saya tetap kepada JDT.

"Tapi, sekiranya saya boleh melabur untuk kelab bola sepak di Eropah, ia sudah pasti di AC Milan.”

- Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut