Skip to main content

Tun Mahathir Orang Yang Hebat, 'Bila Cakap Dengan Tun Mahathir, Saya Kena Balik Baca Lebih Banyak Buku'


Hartawan teknologi, Jack Ma mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang legenda yang mempunyai kemahiran yang sangat hebat tentang teknologi.

Jack Ma yang berucap ketika melancarkan pejabat Alibaba 1 di pejabat Asia Tenggara di Bangsar South, hari ini turut merasa rendah diri apabila bercakap dengan Mahathir dan akui harus membaca buku lebih banyak lagi.

Jack Ma mengadakan pertemuan dengan Mahathir pagi tadi dan mengakui terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi.
 

“Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam temubual dengan duta besar China ke Malaysia, Bai Tian memuji Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang sangat menawan hati dalam usia 90-annya selepas membuat kunjungan hormat bertemu perdana menteri baru itu.

Pada pelancaran pejabat Kumpulan Alibaba di Kuala Lumpur, Bai berkata beliau terpaksa mengulangi tugas diplomasinya sekali lagi selepas perubahan kerajaan pada pilihan raya umum 9 Mei.
 

Beliau juga bertemu Tun Daim Zainuddin, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, yang disifatkannya sebagai menawan hati.

"Orang pertama yang saya temui ialah Daim, yang merupakan seorang yang sangat baik dan menawan hati pada usia 80-an, beliau sangat bijak dan mesra, saya perlu belajar daripada kebijaksanaannya," katanya ketika berucap.

"Pertemuan kedua saya adalah bersama Dr Mahathir, perdana menteri baru dan seorang lelaki yang sangat menawan hati berusia 90-an.

"Beliau sangat menawan hati di mata saya bukan sahaja kerana beliau ialah pemimpin paling kanan di dunia yang masih berkhidmat di negaranya, tetapi juga kerana China menganggap beliau sebagai seorang kawan lama yang cukup dihormati," katanya. - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...