Skip to main content

Tun Dr Mahathir Setuju Teruskan Siasatan Kes Altantuya.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar siasatan berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu diteruskan, kata peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata demikian selepas menyertai pertemuan antara bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu dengan Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

“Tun (Dr Mahathir) setuju siasatan perlu dibuat terhadap kes ini, asalkan ia mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Setev tiba di Putrajaya kira-kira pukul 4.20 petang dan keluar dari Pejabat Perdana Menteri sekitar jam 6.00 petang.

Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, pihaknya percaya ada pihak lain yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya terutamanya orang yang mengarahkannya.

“Siapa yang arahkan pembunuhan ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Awal hari ini, Ramkarpal dan Setev membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi agar siasatan baru dimulakan bagi kes berkenaan.

Dalam laporan polis itu, Setev menamakan bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri.

Ramkarpal yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor menambah, pihaknya berharap penyelesaian itu dapat dijalankan dalam masa terdekat.

“Tiada jangka masa dibuat tapi kami harap ianya tak mengambil masa yang terlalu lama mungkin antara 3 hingga 6 bulan,” katanya.

Sementara itu, Setev berkata beliau sangat berbesar hati kerana berpeluang bertemu dengan Dr Mahathir dan membincangkan secara lebih jelas mengenai isu membabitkan pembunuhan anaknya itu.

“Saya berpeluang untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan saya amat berpuas hati dengan pertemuan ini,” katanya.

Altantuya, 28, ditembak pada dan diletupkan menggunakan bahan letupan tentera di Kuala Lumpur, Oktober 2006.

Bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar disabitkan bersalah atas pembunuhan itu pada 2009 dan dijatuhkan hukuman gantung.

Mereka dibebaskan setelah mahkamah rayuan menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 2013.

Mahkamah persekutuan selepas itu mengekalkan hukuman mati terhadap mereka pada 2015. Sirul melarikan diri ke Australia sementara Azhar kini sedang menunggu hukuman. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...