Sertai Kejohanan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) ,Anak Muda Malaysia Harumkan Nama Negara


KUALA LUMPUR-Rata-ratanya masyarakat akan berpendapat jika bermain pemainan seperti PUBG ini tidak akan membuahkan hasil dan dianggap hanya akan membuang masa sahaja.

Meskipun baru pertama kali berjumpa secara nyata selepas lapan bulan bertungkus lumus berlatih secara dalam talian ternyata ianya bukan penghalang buat pasukan Malaysia iaitu,Gank.FTY untuk menduduki tempat kedua di dalam Kejohanan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Asia Tenggara kelayakan Malaysia dan Singapura pada hari Ahad yang lalu.

Pasukan yang terdiri dari anak muda Malaysia yang dikenali sebagai Aiman Amirul (ManParang),Mohd Sahid menyatakan keserasian bersama ahli-ahli pasukan itu yang sebenarnya membuatkan mereka layak ke peringkat ini apabila bersama-sama bermain secara dalam talian buat pertama kaliannya.

Menurut salah seorang dari ahli pasukan dari kumpulan ini berkata sebenarnya pasukan ini baru sahaja ditubuhkan dan mereka mengenali antara satu sama lain melalui aplikasi Discord.

"Apabila kami bermain PUBG buat pertama kali bersama-sama, kami dapat merasai potensi dan persefahaman yang cukup baik antara semua ahli pasukan.

Tambahnya lagi,mereka amat teruja untuk pergi ke peringkat seterusnya selepas berjaya meraih temapt kedua dalam  kejohanan PUBG Asia Tenggara kelayakan Malaysia dan Singapura yang berlangsung di Battle Arena.

Kumpulan Gank.FTY ini juga dianggotai oleh Muhamad Mukhlis 'Mzeroboyz' Mustofa, Mohamad Khairil Azri 'AlenZz' Zunaidi dan Mohamad Salahuddin 'DinieX' Mohamad Mokhti


Apa yang menariknya adalah dua orang pemain dari anggota pasukkan ini iaitu Muhamad Mukhlis dan Mohamad Khairil sebenarnya baru sahaja mengetahui bahawa mereka tinggal dalam kawasan yang sama selepas sekian lama bermain permainan PUBG ini.

"Lepas main PUBG baru kami tahu yang duduk sekampung, di Kampung Gong Badak Terengganu," kata Mohamad Khairil.

Secara keseluruhannya pasukab Gank.FTY ini berjaya mengutip mata keseluruhan sebanyak 4,035 dan sekali gus melayakkan mereka memenangi wang tunai berjumlah RM5,900.

Pasukan ini berada di kedudukan kedua dalam kejohanan tersebut,manakala juara bagi acara ini dimenangi oleh pasukan Singapura, MSK.Poseidon yang mengutip mata keseluruhan sebanyak 4,160 mata.

Lebih membanggakan lagi apabila pasukan Gank.FTY dan MSK.Poseidon bersama dua lagi kumpulan Malaysia Redsea MP Esport serta Lapar Gaming bakal ke Thailand bagi bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara dan sekali gus melayakkan mereka memburu slot ke kejohanan dunia, PUBG Global Invitational 2018 yang mana ianya telah menanti pemenang dengan hadiah terkumpul sebanyak kira-kira RM3.9 juta.Sumber-Awani.Editor-Sofia