Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Saya Tidak Akan Kekal Popular Selama-Lamanya


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa populariti beliau sekarang tidak akan kekal selama-lamanya.

Ditanya dalam satu wawancara dengan South China Morning Posttentang tarikannya di kalangan pengundi Melayu, beliau meramalkan ia tidak akan kekal selamanya.

"...saya tidak boleh popular selama-lamanya, suatu hari nanti saya akan menjadi tidak popular kerana apabila anda berada dalam kerajaan, anda perlu melakukan perkara yang tidak popular.

"Itu bukan sesuatu yang kekal," kata Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar berkenaan yang berpangkalan di Hong Kong.

Menurut analisa ahli Parlimen Langkawi itu, pengundi Melayu di pinggir bandar dan bandar menolak Umno kerana skandal rasuah seperti 1MDB, manakala pengundi luar bandar kebanyakannya terjejas dengan isu kos sara hidup, yang membolehkan Pakatan Harapan mendapat sokongan ramai pengundi.

Merdeka Centre sebelum ini menganalisis bahawa Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir menarik 30 peratus undi Melayu, sama untuk PAS.

Sebaliknya, Umno mengekalkan 40 peratus. - Malaysiakini