Skip to main content

Peguam Najib Tarik Diri Dari Kes Siasatan SRC.


Pasukan guaman yang mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk berhenti mewakilinya yang berdepan dakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Difahamkan, bekas pendakwa raya kanan, Yusof Zainal Abideen dan peguam jenayah terkemuka, M Puravalen serta peguam lain dalam pasukan itu gagal mencapai asas yang sama dengan anak guam mereka tentang beberapa isu.

Memetik laporan The Malaysian Insight, melihat ketidaksepakatan itu, barisan peguam berkenaan merasakan tidak guna untuk mereka terus mewakili Najib.

Penarikan diri pasukan peguam ini akan menjadi kerugian besar kepada Najib kerana Yusof dan Puravalen dipandang tinggi sebagai peguam dengan 36 tahun pengalaman.

Yusof mencipta nama sebagai pendakwa raya dan dinaikkan pangkat ke peguam cara negara II sebelum beralih ke sektor swasta.

Malah beliau juga berada dalam pasukan pendakwa raya dalam kes liwat pertama, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Manakala Puravalen pula mempunyai pengalaman sebagai peguam jenayah lebih 30 tahun.

Berdasarkan perkembangan semasa ini,ia dijangka bakal menambah beban lebih berat kepada bekas perdana menteri itu.

Ketika mereka dilantik oleh Najib, pandangan umum Majlis Peguam ialah pembelaan bekas perdana menteri itu dalam keadaan yang baik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat Najib berkenaan bagaimana wang RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd boleh masuk ke akaun bank peribadinya.

Wang SRC International itu masuk ke akaun beberapa orang tengah sebelum dikatakan masuk ke akaun Najib.

Ketika Najib dipanggil ke pejabat SPRM untuk disoal siasat, Yusof dan Puravalen menemani beliau.

Hari ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan SRC International. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut