Skip to main content

Pasukan Khas Diketuai Gani Patail Diberi Kuasa Penuh Siasat 1MDB


Pasukan khas yang diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi menyiasat secara terperinci kes 1Malaysian Develpoment Berhad (1MDB) diberi kuasa penuh bagi menentukan tindakan sewajarnya untuk kes tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang dibentuk kerajaan itu.

“Mereka diberi penuh kuasa bagi tentukan apa langkah-langkah wajar baik daripada segi undang-undang berkaitan skandal-skandal seperti 1MDB dan SRC,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi di Bukit Aman, hari ini.

Pasukan khas itu turut dianggotai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Mohd Shukri dan bekas Pegawai Kanan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

22 Mei lalu, Najib hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1MDB, sehingga ia diletakkan bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Mengulas tentang sama ada pihaknya ada mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak jutawan kontroversi, Jho Low, Muhyiddin berkata, perkara itu harus diajukan kepada pihak yang mengelolakan kes itu.

“Saya tidak tahu tentang perkara itu, usah tanya kepada saya. Tanya pihak yang uruskan kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, berhubung dua pegawai kanan polis di bahagian Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Subang Jaya Jumaat lalu, beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dan menyerahkan sepenuhnya pihak berkuasa itu untuk menyiasat berdasarkan bukti yang ada.

“Kalau ada tindakan, pihak berkuasa sini (polis) akan berikan kerjasama sepenuhnya,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...