Skip to main content

Pakatan Harapan Lagi Baik, Dulu Barisan Nasional Tak Beri Dana Kepada Wakil Rakyat Pembangkang.


Khairy Jamaluddin memuji Pakatan Harapan kerana memberi kerana memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH

Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno menganggap kerajaan Pakatan Harapan lebih baik daripada Barisan Nasional kerana memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Menurut laporan Free Malaysia Today, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu, yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun berharap PH akan mempertimbangkan jumlah peruntukan sama kepada wakil rakyat BN dan PH pada masa depan dengan melaksanakan sistem audit serta pemantauan bagi mengelakkan ketirisan.

“Atas semangat Malaysia Baru, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya.

“Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat.”

Semalam, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM200,000 dan RM100,000 masing-masing kepada ahli Parlimen serta adun pembangkang yang akan disalurkan sebelum Aidilfitri berbanding RM500,000 dan RM200,000 yang diperuntukkan kepada wakil rakyat PH.

“Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah,” kata Dr Mahathir semalam.

Sementara itu, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau mencadangkan BN membentuk sebuah Kabinet bayangan.

“Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas menteri kerajaan.”

Beliau juga menggesa BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama pada 16 Julai ini dengan mengasingkan tugas parti serta wakil rakyatnya di Parlimen.

“Pengerusi BN tidak semestinya menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Malah, pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN.

“Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu pendirian dan polisi yang ditentukan parti BN itu sendiri.” - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...