Skip to main content

Noraini Ahmad Bertanding Ketua Wanita UMNO


Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi.

“Ya, saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO nanti,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Noraini juga merupakan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2008 hingga 2013 selain menyandang jawatan Ahli Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal.

Yang termasuk pemilihan UMNO Bahagian Maran antara yang mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua bahagian berkenaan.

Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib.

Shahaniza yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang dan ruang kepadanya melakukan gerak kerja memulihkan serta membawa pembaharuan dalam parti di bahagian tersebut.

"Saya sedar, saya juga mempunyai banyak kekurangan tetapi saya yakin dan percaya bahawa saya juga boleh memberikan sentuhan yang sedikit luar biasa untuk mengembalikan kekuatan UMNO Bahagian Maran," katanya dalam entri di akaun media sosial Facebook beliau, hari ini.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri berkata, beliau ingin melihat lebih ramai kepemimpinan muda daripada pelbagai latar belakang bersama memimpin UMNO tanpa meninggalkan kepemimpinan lama yang penuh dengan pengalaman.

Beliau juga ingin melihat gabungan berkenaan bukan sahaja duduk semeja mencari muafakat tetapi sama-sama turun padang memelihara dan menyuburkan akar umbi UMNO.

Tambahnya, beliau memilih untuk berada di peringkat akar umbi dengan harapan pucuk kepemimpinan UMNO dapat menyambutnya dan menjalankan pula tugas mereka dengan lebih baik.

"Kuat akar dan tunjangnya, pasti segar dan rimbun daun serta buahnya.

"Marilah kita bersama-sama melaksanakan pemilihan parti ini dengan penuh kesedaranbahawa ia adalah satu proses memilih kepemimpinan yang terbaik, bukannya untuk mencari jalan perbalahan dan kebencian sesama kita," katanya. - UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...