Semalam isteri kepada Datuk Aliff Syukri,iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram secara normal.
Berita gembira itu telah dikongsikan oleh ibunya, Rozita Ibrahim sendiri di laman Instagram.
Sebelum ini usahawan terkenal ini pernah berkongsikan video ketika dia menemanai isterinya.
Bayi lelaki yang diberikan nama Yusoff Al Qardawi ini telah pun dibuatkan akaun Instagramnya,selepas ini segala perkembangan Yusoff akan di muat naik dari semasa ke semasa di dalam akaun tersebut.
Walau bagaimanapun,terdapat sekeping gambar bayi comel ini yang membuatkan netizen mengecam Datuk Aliff bertubi-tubi.
Gambar tersebut adalah saat Yussof dilahirkan dan masih lagi bertali pusat pada ketika itu.
Rata-rata netizen amat bersetuju sekiranya Datuk Aliff memadam gambar berkenaan dan hanya simpan sebagai koleksi peribadinya sahaja.
"Dato klau boleh delete lah gamba anak yg ni . Kesian dia dato",tulis salah seorang netizen yang menasihati Aliff untuk memadam gambar berkenaan.
"Tak semua benda patut ditunjuk.. baby bru kluar mcm ni pun, nk show off.. hmm lantak ko lah dato".
Bagaimanapun,ada juga netizen yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana berkongsikan detik bersejarah itu dan sedikit sebanyak orang ramai dapat melihatnya dengan lebih jelas bagaimana keadaan selepas bayi baru lahir.