Skip to main content

Najib Dan Rosmah Bercuti Di Langkawi Dan Main Golf, Bukan Mahu Lari - Polis


Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim, meminta orang ramai tidak membuat spekulasi kononnya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ingin melarikan diri ke luar negara melalui Langkawi.

Beliau berkata penyebaran berita seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia menimbulkan kegusaran kepada orang ramai dan dan memberi tekanan.

"Beliau (Najib) datang ke Langkawi hanya untuk bercuti bersama keluarga dan ada bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) serta pemimpin lain.

"Bagaimanapun ia hanya perjumpaan biasa dan bukannya diadakan mesyuarat sebaliknya beliau sudah dua hari bermain golf di pulau itu," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Zainal berkata, lagipun pegawai keselamatan bekas perdana menteri itu pun ada bersamanya di Langkawi.

Sebelum ini, dakwaan Najib dan Rosmah mahu melarikan diri melalui Langkawi ke Myanmar sebelum ke China dan seterusnya ke negara mentua anak perempuannya di Almaty, Kazakhstan menjadi tular dalam media sosial susulan mereka dilihat membawa 30 beg.

Seorang pemilik akaun FB dalam statusnya meminta polis memantau pergerakan Najib yang didakwa khuatir akan melarikan diri ke luar negara.

Najib yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara sejak BN tumbang yang diterajuinya tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.
 

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.

Difahamkan Najib dan isteri datang bersama 13 anggota keluarga untuk bercuti selama tiga hari.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama malam ini berkata Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih kurang 8 malam semalam.

Tanpa mengulas lanjut, Nawawi berkata beliau bersama pimpinan lain UMNO Bahagian Langkawi menyambut ketibaan bekas perdana menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Najib sekeluarga. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...