Skip to main content

Kepada Pengguna Lorong Kecemasan, Jangan Ingat Tiada Peronda Anda Tidak Dipantau!!!


Penyalahgunaan lorong kecemasan oleh pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri mendapat perhatian sekali lagi.

Pada 2 Mei 2016  terdapat 2 ambulans berhadapan kesulitan dan kelewatan mengambil mangsa kemalangan di KM222 Lebuhraya Utara-Selatan selama lebih sejam kerana tidak dapat melalui lorong kecemasan yang dipenuhi kenderaan awam.

Dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu tidak berjaya diselamatkan.

Hari ini Kementerian Pengangkutan menggalakkan mana-mana individu untuk menyalurkan maklumat mengenai pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya semasa musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata aduan maklumat boleh disalurkan terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Mana-mana pihak yang ada maklumat itu boleh hantar kepada JPJ dan kita akan lihat balik dan saman boleh dikeluarkan (atas kesalahan salah guna lorong kecemasan),” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sempena Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini hari ini.

Setakat ini, katanya, 83 saman telah dikeluarkan ke atas pengguna yang melakukan kesalahan menyalahgunakan lorong kecemasan.

Jelasnya, penggunaan lorong kecemasan hanya akan menyebabkan kemalangan.

“Jangan salah guna lorong kecemasan sebab kalau ada kecemasan ia akan menghalang pergerakan ambulans.

"Saya faham ada yang nak cepat, tetapi itu akan membahayakan pengguna lain, dan keduanya anda sedang dipantau,” kata Anthony.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna jalan raya agar sedar mereka sentiasa diperhatikan pihak berkuasa.

“Jangan ingat tiada peronda kamu tidak dipantau. Kalau anda masuk laluan kecemasan, kita akan zoom in. Saman boleh dikeluarkan,” katanya lagi.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa bersabar memandangkan jumlan trafik yang tinggi setiap kali tiba musim perayaan.

“Saya minta supaya bersabar dan beri kerjasama. Trafik tinggi tidak boleh dielakkan dan harap semua bersabar,” ujarnya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...