Skip to main content

Jamal Merayu Beri Sedikit Tempoh Untuk Urusan Pemindahan Restoran.


Datuk Seri Jamal Md Yunos merayu agar tarikh penutupan restoran tersebut dianjakkan pada masa yang lebih sesuai.

Menurut Jamal, permohonan itu dibuat bagi memberi sedikit tempoh untuk urusan pemindahan barang ditambah pekerja sudah mula bercuti Jumaat ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Berkenaan arahan penutupan serta-merta Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) Jalan Pahang sebelum 18 Jun 2018.

“Saya meminta jasa baik pihak Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memberi penangguhan sehingga waktu yang lebih sesuai,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosialnya di Facebook, hari ini.

Tambah Jamal, para pekerja di restoran itu telah mula bercuti dan sukar untuknya membuat kerja-kerja pemunggahan.

“Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu serta proses pemindahan barang di RGN1M Jalan Pahang,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Jamal turut menjelaskan tujuan penubuhan restoran itu bagi menyediakan makanan tengah hari percuma kepada warga kota dan menafikan sebarang keuntungan diambil daripada aktiviti kebajikan itu.

Terdahulu, Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin bakal mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berkaitan notis penutupan tersebut.

Sebelum ini Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai notis penutupan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.

Beliau yang juga peguam mewakili Datuk Seri Jamal Md Yunos itu berkata, perjumpaan tersebut akan diadakan dalam kadar segera memandangkan notis mengarahkan premis ditutup selewat-lewatnya pada 18 Jun ini.

“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh staf restoran bahawa telah terima notis mengarahkan untuk kosongkan premis.

“Saya pun tidak dapat lihat lagi notis tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Restoran Gabungan NGO 1Malaysia yang dibuka Jamal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...