Powered by Blogger.

Friday, June 8, 2018

Dituduh Masuk Kelab Pada Bulan Ramadan,Eyka Farhana Jawab Isu Tersebut


Pelakon jelita Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi atau lebih mesra dipenggil sebagai Eyka Farhana ini dilahirkan pada 3 Februari 1995.

Eyka mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2011.Miri wajahnya juga sering disamakan dengan pelakon wanita,Fazura.

Bakatnya mula dilihat sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti.

Satu ketika dahulu dirinya pernah dihimpit dengan kontroversi panas yang dikaitkan dengan satu video tidak senonoh namun wanita di dalam video tersebut bukan lah Eyka Farhana hanya mirip wajahnya sahaja hampir sama.

Terbaru,sekali lagi pelakon ini mengundang perhatian netizen kerana didakwa yang kononnya Eyka berada di dalam sebuah kelab malam pada bulan ramadan,

Jika dilihat pada latar belakang gambar tersebut ianya boleh mengundang pelbagai persepsi buruk kepadanya.

Gambar yang dimuat naik berkepsyen kan 'HUDA! Young & Wild #banteras",ini telah membuatkan netizen menyangkakan dia berada di dalam kelab malam sedangkan ianya hanya mock up set seperti dalam sebuah kelab sahaja.

Menurut Eyka dirinya tidaklah seteruk itu mahu ke kelab malam pada bulan Ramadan.Sebenarnya Eyka hanya menjalani penggambaran sebuah drama bertajuk 'Banteras' yang mempunya babak berhibur di kelab malam.

Drama tersebut arahan Ghaz Abu Bakar ini turut di lakonkan oleh Sangeeta Krishnasamy, Zahiril Adzim, Kamal Adli dan Khir Rahman ini akan mula disiarkan di Astro Ria pada bulan Ogos.Editor-Sofia