Skip to main content

Barisan Nasional Sarawa Keluar Parti Memang Sudah Dijangka.


Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional dan menubuhkan gabungan politik baharu yang lebih bersifat lokal, perlu dihormati

Menerut laporan Berita Harian Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan itu sudah dijangka selepas BN mengalami kekalahan luar biasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

"Keputusan mereka (komponen dari Sarawak) sudah dijangka kerana BN bukan lagi parti pemerintah. Saya yakin, setiap kerajaan negeri mahu ada hubungan dengan Kerajaan Pusat.

"Oleh itu BN Sarawak mahu mengatur semula organisasi mereka dengan menubuhkan gabungan baharu di peringkat negeri yang boleh diurus dengan sewajarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) meninggalkan BN dengan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, Annuar berkata, BN Sarawak mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri daripada gabungan itu kerana BN di peringkat pusat sudah tidak bermakna

"Kita (BN) bukan lagi kerajaan di peringkat pusat dan gabungan 13 parti politik di bawah BN berkongsi kuasa sebagai kerajaan di peringkat Pusat.

"Justeru, saya berpendapat kita harus hormat keputusan mereka dan perlu mengekalkan hubungan baik bersama," katanya.

Beliau berkata, BN tidak akan sesekali berkecil hati dengan keputusan terbabit dan akan meneruskan agenda kelangsungan politik parti.

"Kita perlu menguruskan rumah (UMNO) terlebih dahulu. Pemilihan parti menjadi keutamaan sekarang ini dan selepas itu (UMNO) akan mempunyai kepemimpinan baharu yang menerajui parti.

"Selepas itu, kita akan mengatur semula strategi dan melihat perkara berdasarkan situasi terbaru. Kita perlu melihat semula konsep BN tanpa parti politik dari Sarawak dan Sabah, tambahan pula MCA, Gerakan dan MIC yang dalam keadaan lemah, saya rasa kita perlu melihat semula konsep BN," katanya.

Sebentar tadi Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi.

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...