Skip to main content

Anwar Serah Kepada Tun Dr Mahathir Tentu Masa Sesuai Tanding Semula.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak berhasrat bertanding semula (parlimen) sekarang, sebaliknya akan menghadiri program-program penerangan mengenai rancangan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) membina semula negara.

Anwar berkata beliau akan bertolak ke Turki hari ini untuk menghadiri program bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan.

"Saya baru balik dari London sehari sebelum Raya dan semua orang nak tahu semangat perpaduan Malaysia yang berbilang kaum sehingga mampu menjatuhkan kerajaan lama dan membina kerajaan baharu," maklum beliau seperti dipetik Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Pulau Pinang, malam tadi.

Beliau berkata mempunyai komitmen untuk berkongsi pengalaman politiknya di Malaysia dengan negara luar.

Teruja sokongan Permatang Pauh

"Saya tidak fikir lagi untuk bertanding semula dan menyerah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan masa yang sesuai," katanya.

Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk Permatang Pauh yang turut membantu melakarkan sejarah baharu Malaysia dengan menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Selepas sekian lama meninggalkan Permatang Pauh, saya teruja dengan sokongan yang masih diberikan oleh penduduk di sini," katanya.

Lebih 2,000 pengunjung menghadiri majlis itu Dataran Rakyat Guar Perahu dekat Penanti di sini dan antaranya Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa pemimpin kerajaan negeri.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengantinya, sekali gus akan menjadi perdana menteri ke-8 Malaysia.

Kata Dr Mahathir, ketetapan itu dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“Anwar Ibahimlah akan mengganti saya.

“(Dulu dah putuskan) perdana menteri Dr Mahahir, timbalan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail), yang menunggu jadi perdana menteri Anwar Ibrahim,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Dr Mahathir berkata buat masa ini tiada tempoh tertentu untuknya memegang jawatan perdana menteri.

Asalnya Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri semasa bersiap sedia menghadapi PRU ke-14 lalu.

Ia bukanlah asing kerana nama Anwar dijadikan pilihan pembangkang sejak PRU ke-13 lagi.

Bagaimanapun perkembangan semasa menyebabkan Dr Mahathir meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pada masa sama Anwar masih berada dalam penjara atas sabitan kesalahan meliwat yang dianggap bermotif politik.

Cuma satu cadangan

Hasil perbincangan dan persefahaman parti komponen HARAPAN mereka kemudian menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Dr Wan Azizah timbalannya.

Percaturan itu menampakkan hasil apabila HARAPAN berjaya mengetepikan BN dari Putrajaya, selain menawan kebanyakan negeri di Malaysia.

Namun wujud kesangsian bahawa Anwar juga akan melepas daripada menjadi perdana menteri sekali lagi berdasarkan hubungan antara beliau serta Dr Mahathir yang membawa kepada tercetusnya gerakan reformasi pada 1998.

Anwar sudah mendapat pengampunan diraja baru-baru ini sekali gus membenarkan beliau menyertai politik pada bila-bila masa saja.

Tanggapan awal ialah Dr Mahathir akan diberi masa selama dua tahun untuk mengetuai kerajaan sebelum berundur bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi perdana menteri.

Menurut Dr Mahathir pada waktu terdekat ini keutamaan beliau ialah mahu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi negara termasuk memulihkan ekonomi.

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.

“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya.

Pada 7 Febuari lalu Dr Mahathir berkata tempoh dua tahun cukup untuknya “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, katanya, beliau mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun sejak 1981.

Dr Mahathir berkata, mungkin kerajaan baru tidak dapat memperbaiki kerosakan yang dibuat Najib sepenuhnya.

Namun beliau yakin sebahagian daripada kerosakan itu akan dapat diatasi terutamanya di kalangan pegawai kerajaan yang dilihat tidak lagi berkhidmat untuk negara sebaliknya parti tertentu.

“Kadang-kadang mereka sampai jadi fanatik, sampai sanggup berkempen, memburukkan parti lawan.

"Tetapi sekarang ini mereka terpaksa bekerja di bawah parti lawan yang mereka cemuh dahulu.

“Jadi untuk ini saya tidak tahu. Nak tak nak pun, orang yang dulu serang kita, kita kena bekerja dengan dia. Sebab jentera itu kalau tak ada orang, jentera tak boleh bergerak.

“Jadi orang itu kalau kita buang semua, kita tiada orang lain. Nak ganti dengan siapa? Kualiti di jentera pekerja kita sudah rosak teruk. Mereka tidak lagi menjalankan khidmat tetapi kepada parti politik yang mereka sokong,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...