Skip to main content

5 Gambar: Mat Sabu Jadi Buru Di Singapura


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tidak menjangka masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

Bernama difahamkan bahawa ketika kunjungan Mohamad - atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu - ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar bersamanya.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita,” kata Presiden Parti Amanah Negara - satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan - ketika ditanya tentang sambutan luar jangkaan itu.
 

Mohamad tiba di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di republik berkenaan.

Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baru selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan lepas.

Pekerja hotel pun minat

Rata-rata gambar Mohamad bersama masyarakat di Singapura dapat dilihat dikongsi di media sosial.
 

“Salam Jumaat. Haji Mohamad bin Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Masjid Sultan Singapura tadi. Seorang lelaki yang sederhana,” menurut sebuah laman Facebook yang turut memaparkan gambar pemimpin itu.

“Seorang pemimpin berjiwa rakyat. Alhamdulillah,” tambahnya.

Sambutan terhadap beliau di Masjid Sultan tersebut turut dilaporkan akhbar Berita Harian Singapura.

Sambutan sama turut dirasai beliau di Shangri La Hotel di mana dialog tiga hari itu berlangsung.
 

Difahamkan Mohamad akan dihampiri oleh peserta, malah pekerja hotel untuk merakamkan gambar bersamanya.

“Selepas makan malam pada Jumaat, kami pulang ke bilik agak lewat kerana melayani permintaan bergambar ‘peminatnya’ yang menahan beliau di lobi hotel,” menurut seorang daripada pegawai pengiring beliau.

Bernama turut menerima tempias apabila rakan media asing di sini turut bertanya sama ada penulis berpeluang untuk menemu ramah Menteri Pertahanan itu.
 

“Kamu dapat slot temu ramah beliau? Pukul berapa? Boleh kami ikut sama? Jangan risau kami tidak ganggu temu ramah kamu.. kami hanya mahu bergambar,” itu adalah antara permintaan rakan media di sini.

Mohamad akan berlepas pulang hari ini selepas pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis. - Bernama
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...