Skip to main content

Umno Perlu Dibuka Pada Semua Kaum.


Semakin kecewa dengan komunalisme di dalamnya, pengasas Umno Datuk Onn Jaafar meninggalkan parti itu pada 1951 selepas seruannya agar ia dibuka kepada semua kaum tidak dilayan.

Beliau kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang bersifat pelbagai kaum. Namun ia tidak mampu bertahan lama - IMP dibubarkan tidak lama selepas hanya menang satu kerusi dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952.

Tujuh dekad berlalu. Umno kekal sebagai parti Melayu, namun cadangan untuk membuka keahlian kepada kaum lain muncul semula selepas kekalahan pertamanya dalam sejarah pada 9 Mei lalu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkannya seminggu selepas PRU ke-14, berkata parti itu perlu menilai semula tujuan kewujudannya.

Idea itu barangkali tidak dapat dibayangkan sebelum 9 Mei, namun tidak selepas kekalahan bersejarah itu. Sokongan terhadap idea itu hadir dari tempat lahir Umno sendiri, iaitu Johor.

Bakal ketua pembangkang DUN negeri itu Datuk Hasni Mohammad (gambar) berkata, jika MIC dan MCA kekal dalam keadaan sekarang, Umno perlu menimbang cadangan itu dan menjenamakan semula dirinya sebagai parti pelbagai kaum.

"Saya fikir jika MCA dan MIC tidak dapat berfungsi, maka sebuah parti pelbagai kaum perlu mengambil tempat mereka.

"Jika MCA dan MIC terus berada dalam keadaan sekarang...Maka (persoalan) sama ada Umno perlu dijenamakan semula tidak dapati dielakkan. Kita perlu melakukannya.

"Kita tidak boleh hanya memimpin Melayu, tidak boleh jadi parti untuk Melayu saja," kata ADUN Benut itu dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Referendum dalam Umno

Hasni bagaimanapun mengingatkan keputusan seumpama itu perlu dibuat melalui perbincangan menyeluruh dalam parti.

"Saya rasa ia dasar yang perlu melalui proses referendum di kalangan anggota Umno. Ia bukan hal yang boleh dibincang dalam bilik mesyuarat sahaja.

"Cawangan Umno berada dalam setiap kampung."

Umno menang 54 kerusi Parlimen pada PRU lalu, namun parti komponen utama BN mengalami kekalahan teruk - MIC hanya menang dua kerusi manakala MCA satu kerusi.

Walaupun di kubu kuatnya iaitu Johor, Umno hanya mampu mengekalkan 17 daripada 32 kerusi DUN yang dipegang. MIC mendapat dua kerusi manakala MCA kalah semua kerusi. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...