Skip to main content

Pengarah 1MDB Mengaku Menipu Tiada Unit Dana RM9.8 bilion, Arul Kanda Tak Boleh Dipercayai.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) adalah penipuan semata-mata.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.

“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.

“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.

“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.

Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti.

Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim.

“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.

“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.

Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB.

Lim Guan Eng menuduh presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai”.

Kenyataan itu dibuat selepas Arul memberi taklimat padanya berkaitan kedudukan syarikat pelaburan itu, yang tidak memuaskan hati kementerian.

“Saya dapati Arul kanda sama sekali tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

“Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan untuk menyemak semula kedudukannya sebagai presiden 1MDB,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Lim, Arul Kanda memberitahunya beliau tidak pasti berkaitan nilai pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) atau sama ada ia benar-benar wujud.

Katanya, reaksi Arul itu amat mengejutkan kerana beliau telah menjelajah negara dan berceramah tentang daya mahu 1MDB dan pelaburan baiknya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...