Skip to main content

Peminjam PTPTN Mereka Yang Berkemampuan Untuk Bercuti Ke Luar Negara Perlu Langsai Hutang.


Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulan bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman.

"Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.

Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.

Anggota Parlimen Muar itu berkata matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bertujuan membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menurutnya lagi golongan peminjam berkenaan merupakan antara golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN.

"Ada peminjam yang telah mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini. Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.

"Jadi kami (PH) berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini," katanya.

Selain penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, PH turut menjanjikan untuk menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka. - BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...